fbpx

Izzuddin, Sze Fei sedar mungkin jadi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZUDDIN dan Sze Fei mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tahun ini termasuk bergelar naib juara di WTF 2024 lalu. - AFP

KEJAYAAN muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China menyaksikan ranking beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak ke No. 3 dunia.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menaikkan lagi semangat mereka dalam usaha mencatat pencapaian lebih baik menjelang kempen Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim baharu nanti.

Bagaimanapun, Izzuddin menjelaskan, di sebalik penamat terbaik bagi kempen 2024, mereka masih perlu berwaspada memandangkan pemain-pemain lain akan mengkaji corak permainan dia dan Sze Fei selepas ini.

“Memang untuk sesetengah orang, ranking hanyalah nombor, tetapi bagi kami ia akan menjadi sumber motivasi untuk kami catat pencapaian lebih baik pada masa hadapan. Harap kami dapat konsisten.

“Cabaran itu memang ada kerana ramai orang akan mula mengkaji corak permainan kami, jadi kami perlu buat persiapan dalam pelbagai aspek, termasuk dari segi mental dan fizikal,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Terdahulu, Sze Fei-Izzuddin mencipta sensasi apabila muncul naib juara WTF 2024 selepas tewas 17-21, 21-17, 11-21 kepada beregu No. 1 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di perlawanan akhir.

“Prestasi kali ini memang memuaskan untuk kami berdua, cuma perlawanan akhir itu masih kurang jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan sebelum itu. Mungkin kami tak boleh kawal emosi dan kurang sabar selain lawan lebih berpengalaman.

“Buat masa sekarang, kami akan cuti selama seminggu, jadi saya gunakan masa untuk tenangkan minda. Selepas itu baru kembali dan buat persiapan untuk Terbuka Malaysia,” ujar Izzuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI