fbpx

Individu 50 tahun ke atas catat kerugian tertinggi ‘online scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli.

KUALA LUMPUR – Golongan berusia 50 tahun ke atas mencatatkan kerugian tertinggi akibat penipuan dalam talian meskipun jumlah mangsa dalam kumpulan umur tersebut lebih rendah berbanding yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 59,974 individu menjadi mangsa penipuan dalam talian sepanjang 2022 hingga 2023.

Daripada jumlah itu, 11,157 mangsa atau 18.6 peratus adalah individu berusia 50 tahun ke atas.

“Walaupun jumlah mangsa dalam kumpulan ini lebih kecil, kerugian yang dialami amat membimbangkan. Dalam tempoh dua tahun tersebut, jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM2.07 bilion.

“Daripada jumlah itu, kerugian melibatkan mangsa berusia 50 tahun ke atas adalah RM909.5 juta atau 44 peratus daripada keseluruhan kerugian,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, semalam.

Jelas Ramli, peratusan kerugian melibat golongan itu dilihat meningkat pada tahun ini sehingga 15 Disember apabila mencatatkan kerugian RM782.8 juta iaitu 54 peratus daripada jumlah keseluruhan RM1.45 bilion.

Kata beliau, dapatan yang diperolehnya membuktikan golongan lebih berusia menjadi sasaran ‘berkualiti’ sindiket penipuan.

“Oleh itu, mereka diingatkan supaya lebih berwaspada dengan taktik licik penipuan dalam talian yang semakin canggih.

“Masyarakat disarankan agar berkongsi maklumat mengenai jenayah penipuan dalam talian dengan keluarga, rakan, dan jiran supaya kesedaran dapat ditingkatkan dan lebih ramai dapat dilindungi,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli mendedahkan sebanyak 6,909 kes penipuan e-dagang dengan nilai kerugian sebanyak RM62.2 juta sepanjang Januari hingga 15 Disember tahun ini.

Menurut beliau, penipuan melalui iklan di Facebook merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 3,457 kes, diikuti WhatsApp (1,168 kes), TikTok (800 kes), dan Telegram (771 kes).

“Musim perayaan dan cuti sekolah yang bakal tiba akan menyaksikan peningkatan aktiviti pembelian dalam talian.

“Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan memastikan transaksi dilakukan melalui platform yang sah dan dipercayai,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI