fbpx

Hujan lebat, angin kencang landa 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang dijangka terjejas termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Di Selangor, ribut petir dijangka melanda kawasan seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala di Johor, ia melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), serta Bintulu (Tatau).

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, kerosakan harta benda, dan pokok tumbang berikutan keadaan cuaca buruk ini.

Orang ramai juga disarankan mengelakkan aktiviti luar yang berisiko tinggi sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI