fbpx

‘Hilang common sense, ada yang cium saya, tak minta izin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda menyifatkan peminat zaman kini lebih ekstrem sehingga hilang adab ketika bertemu artis di tempat umum.

KUALA LUMPUR – Disapa dengan cara pelik, penyanyi Ayda Jebat menyifatkan peminat zaman kini lebih ekstrem sehingga hilang adab ketika bertemu artis di tempat umum.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 32, khuatir andai kelantangannya mengecewakan peminat yang teruja sehingga sanggup melakukan sentuhan fizikal tanpa minta izin.

“Saya buat perkongsian supaya orang tahu dan faham bahawa saya tak selesa. Sebenarnya, apa yang saya kongsi kadang rasa macam patut atau tak cakap sebab takut mengguris perasaan peminat.

“Bagi saya perjalanan dalam industri dah lama dan orang sekarang semakin hilang common sense dan adab. Ada yang jalan terus tangkap gambar depan muka saya tanpa cakap apa-apa.

“Selain daripada itu, ada yang selalu cium saya, mungkin dia sayang saya. Bukan tak boleh terima tetapi rata-rata tak minta izin,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media Countdown Istimewa MeleTOP di sini, semalam.

Susulan kejadian, pelantun lagu Memerang itu turut mendedahkan dihimpit perasaan takut untuk keluar menghabiskan masa dengan keluarga.

“Sejujurnya, privasi tiada sebab dah jadi selebriti tetapi batas perlu ada. Saya suka orang sayang saya cumanya kurang selesa.

“Akan ada orang komen kau artis, kalau tidak mahu kena ambil gambar, duduk rumah. Saya bekerja, nak juga bawa keluarga jalan-jalan.

“Bila jadi begini, mereka macam kurang sopan, buat saya rasa takut nak keluar. Tidak mungkin nak kena upah pengawal peribadi, saya tak suka,” ujarnya.

Lebih kesal, Ayda memaklumkan segelintir peminat turut teruja melihat anaknya iaitu Ana Nayla, 3, sehingga ada sentuhan fizikal secara berlebihan tanpa minta izin.

“Satu lagi perkara saya nak tekankan, Nayla lebih terkenal dan orang lebih teruja nak cium dia. Saya takut bila cakap bunyinya jadi kasar.

“Apa patut saya lakukan? Saya jadi serba salah. Mungkin mereka suka Nayla sampai teruja sehingga tak boleh kawal tetapi perlu ada batas sebab saya risau keadaan Nayla tak selesa.

“Satu bebanan untuk saya kena fikir sama ada mahu bawa dia keluar atau tidak tetapi sampai bila?,” tegasnya.

Sebelum ini, Ayda meluahkan rasa keliru memikirkan sikap segelintir individu setiap kali disapa dengan pelik khususnya ketika berada di tempat umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI