fbpx

Bini cikgu didakwa dera bayi 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONSINAH didakwa menganiaya seorang bayi sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap seorang bayi berusia 3 bulan yang juga anak asuhannya di Kangkar Pulai, dekat sini Julai lalu.

Tertuduh, Monsinah Sapari, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu kepada empat anak itu didakwa menganiaya seorang kanak-kanak 3 bulan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sebuah kediaman di Kampung Kangkar Pulai, pada 7.30 pagi hingga 12.44 tengah hari, 17 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh memberitahu pihaknya tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak membenarkan jamin.

Peguam tertuduh, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri bagaimanapun meminta budi bicara mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000.

“Tertuduh merupakan seorang suri rumah dan mempunyai empat orang anak. Dia bagaimanapun mengambil tugas menjadi seorang pengasuh untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai seorang guru,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM5,000 beserta beberapa syarat tambahan selain menetapkan tarikh 15 Januari untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI