fbpx

Bekas Pengarah APMM Tanjung Sedili diarah bela diri makan rasuah RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD ZULFADLI diarah membela diri atas pertuduhan menerima rasuah RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor, diarah untuk membela diri atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd. Zulfadli Nayan, 43.

Peguam tertuduh, Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazali memberitahu pihaknya mencadangkan untuk memanggil antara tujuh atau lapan saksi pembelaan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh prosiding pembelaan selama tujuh hari iaitu 8, 13 dan 14 Januari; 17 dan 20 Februari serta 3 dan 4 Mac tahun depan.

Sehubungan itu, Ahmad Kamal Arifin turut memerintahkan agar jaminan tertuduh dilanjutkan sehingga tarikh prosiding pembelaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zander Lim Wai Keong.

Pada 23 Mei 2021, tertuduh yang kini digantung tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Hubungan dan Koordinasi Antarabangsa Ibu Pejabat Maritim Malaysia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Zulfadli didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM10,000 daripada pemilik syarikat perkapalan, Wan Mohd Fauzi Wan Kamaruddin di sebuah restoran di Jalan Yahya Awal, di sini pada pukul 10 malam, 2 Oktober 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI