ENGGAN melepaskan peluang bertemu Amitabh Bachchan, pelakon Masayu Anastasia sanggup beratur di hadapan kediaman legenda filem Bollywood itu di Mumbai, baru-baru ini.
Bintang filem berusia 40 tahun itu berkongsi pengalaman menarik semasa menjalani penggambaran filem baharu yang berjudul Melukis Harapan di Langit di India, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Masayu yang menyimpan impian untuk bertemu ikon dunia perfileman itu selepas dimaklumkan Amitabh dijadualkan menyapa peminat seperti yang biasa dilakukan bertepatan tempohnya berada di Mumbai.
Biarpun bapa mentua kepada Aishwarya Rai itu itu hanya muncul melambai peminat seminit dua, perasaan melihat aktor itu cukup mengujakan.
Begitupun, Masayu mengakui bukan sedikit cabaran dilalui apabila perlu menunggu selama lima jam demi Amitabh.
“Lima jam menunggu dalam gerimis. Wah! Memang luar biasa, dari segala penjuru dunia (orang) pun ada.
“Sebelum ini saya dapat tahu bulan ini Amirabh akan keluar menyapa peminat. Saya sempat berbual dengan peminat lain untuk sahkan Amitabh keluar atau tidak,” katanya.