fbpx

29 kejadian cerun runtuh direkod pada Monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian runtuhan cerun di Jalan Kuala Tahan ke Mat Daling di Jerantut baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya memaklumkan sebanyak 29 kejadian cerun runtuh di enam negeri sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu diperoleh menerusi laporan yang dikeluarkan Bilik Gerakan Bencana (BigBen) di bawah Jabatan Kerja Raya.

Katanya, bagi membaik pulih runtuhan cerun di enam negeri itu, kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM72.1 juta.

“Mengikut laporan BigBen, di kedah ada dua (kejadian) cerun, Kelantan (5), Negeri sembilan (5), Perak (11), Selangor (1), manakala Terengganu lima kejadian runtuhan cerun akibat Monsun Timur Laut.

“Kos kerajaan terpaksa keluarkan untuk baiki cerun runtuh di Kedah sebanyak RM3.5 juta, Kelantan (RM7.5 juta), Negeri Sembilan (RM2 juta), Perak (RM47 juta), ia termasuk jalan ke Cameron Highlands, Selangor (RM1.5 juta) dan Terengganu (RM10.6 juta),” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang bertanya mengenai jumlah cerun yang runtuh akibat MTL ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI