PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik malang apabila menjadi mangsa penipuan selepas membeli sekotak sepana secara dalam talian, namun apa yang diterima hanyalah sekeping kertas yang dicetak dengan gambar kotak sepana.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Bengkel Tangan Kiri, lelaki itu meluahkan rasa hairan apabila bungkusan yang diterimanya jauh lebih kecil berbanding saiz barang yang dipesannya.
“Hari ini kena scam beli sepana. Saya pelik juga kenapa barang yang sampai kecil sangat,” katanya sambil menunjukkan ‘barang’ yang diterimanya iaitu sekeping kertas bercetak gambar kotak sepana.
Video itu bukan sahaja mencuit hati netizen, tetapi turut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada mereka yang berseloroh tentang situasi malang lelaki berkenaan.
“Imaginasi kena tinggi nak guna sepana ni,” seloroh Abang_poi.
“Sepana guna pakai niat ini abang. Tenung lama-lama gambar tu.” kata Khairul.
“Saya pernah kena abang, tapi nasib baik saya buat COD, tak ambik lah bila barang tu sampai,” kata Ady kacak. -KOSMO! ONLINE
@bengkel_tangan_kiri kene scam beli spana… cilaka punya olang… #bengkel_tangan_kiri ♬ original sound – Bengkel Tangan Kiri