PETALING JAYA – Tindakan sesetengah tetamu yang sesuka hati naik pelamin sebelum pengantin tiba telah mengundang rasa kesal ramai netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh Mohd. Haikal, karpet bulu berwarna putih yang menghiasi pelamin tersebut kelihatan dipenuhi dengan kesan tapak kasut akibat tindakan tetamu yang naik ke pelamin untuk bergambar sebelum pengantin tiba.
“Janganlah sesuka hati naik pelamin pengantin atau suruh anak-anak pergi naik atas pelamin untuk bergambar sebelum pengantin tiba. Lagi-lagi bila pelamin ‘outdoor’. Pengantin belum naik, tapi pelamin dah kotor,” tulisnya dalam video berkenaan.
Hal ini bukan sahaja mencacatkan keindahan pelamin, malah menyebabkan kerja tambahan untuk jurugambar dan kru perkahwinan.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa apabila pelamin pengantin dibiarkan kotor dengan kesan tapak kasut sebelum sempat digunakan.
“Kasihannya pengantin. Jurugambar lah yang kena kerja tambahan untuk sunting bersihkan karpet,” ujar Erie.
“Ya, kasihan pengantin. Ibu bapa pun perlu ada ‘common sense’ untuk tegur anak. Kalau anak kecil dimaafkan lagi. Tapi yang besar pun sama. Kakak saya hari itu pun kena macam ini, tak cantik nak bergambar,” kata Ahcap. – KOSMO! ONLINE
@mohdhaikalmulia maaf sy takde niat nk aibkan sesiapa. sekadar teguran n nasihat utk kte bersama🙏🏻 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ son original – Cat’slife