fbpx

Tukang sapu kongsi video lucah kena denda RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarulnazri (kanan) diiringi pegawai MCMC ketika hadir di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menghantar video sumbang dan lucah di media sosial termasuk bagi tujuan komersial awal tahun ini.

Kamarulnazri Desa, 45, dijatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Tertuduh turut diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda. Setakat petang ini, Kamarulnazri masih belum menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran video sumbang di platform X pada pukul 11.36 malam, 26 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama melibatkan video lucah di laman media sosial sama kira-kira pukul 1.12 pagi, 4 Februari lepas.

Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, Kamarulnazri didakwa memberikan video melalui pautan Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 Februari dan 17 Februari lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI