fbpx

Tebing Sungai Kelantan runtuh dekat kondo dibaik pulih segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Pasar Lama, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan sedang merangka pelan tindakan pemulihan melibatkan kawasan hakisan tebing Sungai Kelantan di laluan pejalan kaki yang berlaku berhampiran sebuah kondominium di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, JPS sudah mengadakan lawatan di kawasan yang sering menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah itu.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan menilai situasi terkini di lokasi tersebut.

“Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga akan terlibat dalam usaha tindakan susulan bagi memastikan langkah pemulihan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak menghampiri laluan itu buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pemulihan selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, tanah runtuh sepanjang kira-kira 70 meter dikesan berlaku di laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium, Pelangi Mall di Jalan Pasar Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pegawai dan anggota polis sudah diarahkan untuk bertugas di kawasan runtuhan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada peniaga berhampiran kira-kira pukul 1 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI