fbpx

Tauke Warung Pak Mat Pulau Pisang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teh tarik madu minuman popular di Warung Pak Mat Pulau Pisang. (Gambar kecil: Allahyarham Nik Mohd. Noor Mohamad)

KOTA BHARU – Pemilik Warung Pak Mat Pulau Pisang di Medan Ikan Bakar, Kampung Kedai Buluh di sini meninggal dunia hari ini.

Allahyarham Nik Mohd. Noor Mohamad yang merupakan pengusaha kedai makan yang terkenal dengan hidangan teh tarik madu dan sup kepala ikan itu menghembuskan nafas kira-kira pukul 10.20 pagi semasa berehat di rumahnya.

Menantu Nik Mohd. Noor, Mohd. Khairi Mohamad berkata, bapa mentuanya mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia.

“Jenazahnya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buluh di sini selepas solat Zuhur hari ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI