SINONIM dengan gaya berani mati dengan fesyen terdedah sana sini sehingga menampakkan segala aset yang ada, pelakon Uorfi Javed rupa-rupanya ada prinsip tersendiri.
Wanita yang asalnya pempengaruh media sosial itu naik berang apabila ada penganjur memintanya membuka baju untuk satu kempen promosi produk.
Katanya, biarpun memilih gaya ‘daring’, dia tidak mahu dijadikan objek oleh sesebuah jenama dengan cara salah.
Menerusi kenyataan dikongsikan dalam media sosial, Uoefi turut mendedahkan mesej yang dihantar wakil syarikat berkenaan memintanya beraksi dengan menanggalkan pakaian.
Begitupun, pihak jenama terbabit membalas dakwaan tersebut dengan menafikan ada meminta selebriti itu berbogel.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan artis sensasi itu yang tidak gelap mata menjual diri.