fbpx

PU Azman kena jel 7 tahun, mengaku amang dua remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Azman diiringi polis di Mahkamah Sesyen Seramban, hari ini.

SEREMBAN – Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dua tahun lalu.

Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas Azman, 43, mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut. Tertuduh juga kelihatan tenang sepanjang prosiding berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes dan faktor pemberatan selain rayuan yang dikemukan kedua-dua belah pihak serta mengambil kira kepentingan awam melebihi faktor peribadi.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi tiga pertuduhan dan lima tahun penjara dan satu sebatan bagi satu lagi pertuduhan kes amang seksual fizikal.

Bagaimanapun, hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh dijamin pada 9 Oktober lalu.

Mahkamah menetapkan Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun di sebuah rumah di Nilai dekat sini pada 5 Februari dan 6 Julai 2022 antara pukul 8.30 malam hingga 5 pagi.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah ketika rayuan memberitahu, anak guam mereka seorang duda dan brgelar pendakwah selebriti dengan pendapatan diperoleh hasil  berkongsi ilmu agama.

Info kes PU Azman:

27 September 2024

Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022

6 Disember 2024

Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada 2022

17 Disember 2024

Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI