fbpx

Peralihan kereta kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi pada Majlis Peralihan Kenderaan Kerajaan kepada Kenderaan Elektrik dan Pelancaran Stesen Pengecas Pantas EV di lobi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Peralihan kenderaan kerajaan kepada jenis kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, proses peralihan tersebut kini berada dalam pertimbangan oleh pihak Kementerian Kewangan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Proses ini dalam pertimbangan oleh Kementerian Kewangan dan memang proses tersebut sudah pun bermula dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi (tapi) bukan buat sekali gus, ia akan dibuat secara berperingkat.

“Tapi, saya rasa menjelang tahun hadapan kita akan lihat secara praktis perkara (peralihan kenderaan) itu akan dilaksanakan di mana akan mula penggunaan EV di peringkat kerajaan,” katanya.

Nik Nazmi berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menyerahkan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan kepada EV dan perasmian Stesen Pengecas Pantas EV (DCFC) pertama di Kompleks F di sini hari ini.

Menurut beliau, garis panduan tersebut merupakan dokumen panduan teknikal kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang memperincikan strategi peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada EV secara teratur dan berkesan.

Jelasnya, ia mengandungi beberapa komponen utama meliputi aspek perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penilaian peralihan kepada EV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI