fbpx

Menteri Alumni UM perlu salur RM10,000 kepada universiti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Malam Alumni Universiti Malaya 2024 di sini malam ini.- Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu semua Jemah Menteri yang juga Alumni Universiti Malaya (UM) perlu menyumbang RM10,000 setiap seorang kepada dana University Malaya Endowment Fund (UMEF).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut juga akan disusuli dengan alumni lain yang pendapatanya melebihi RM10,000 sebulan.

“Bermula dengan jemaah Menteri yang merupakan Alumni UM, kita mula dana wajib RM10,000 seorang.

“Saya percaya graduan universiti yang sumber pendapatannya itu menjangkau RM10,000 harus juga menghulurkan sumbangan RM1,000 kepada UMEF,”katanya ketika berucap pada Majlis Malam Alumni UM 2024 di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin serta beberapa orang Jemaah Menteri.

Baginda yang merupakan Canselor Universiti Malaya disambut Anwar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Penaung Persatuan Alumni UM berkata, pihaknya yakin jika semua pihak memberi kerjasama, kutipan dana itu boleh melepasi angka setengah bilion.

“Kita tidak mahu membebankan pemerintah dengan dana lebih besar (untuk pembangunan UM) dan saya tidak mahu lepas tangan sebagai pemerintah.

“Tetapi kita semua tahu kita ada kekangan dan mewarisi keadaan ekonomi yang diurus dengan tidak bertanggungjawab, negara lebih terkenal dengan tatakelola dan rasuah sehingga beban hutang ketika itu mencecah RM1.5 trilion,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI