fbpx

Mangsa banjir di Kelantan terus dapat sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir di Kelantan menerima sumbangan pengagihan pakaian dan makanan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan yang terjejas banjir di negeri Kelantan terus mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi sepanjang insiden tersebut baru-baru ini.

Bantuan tersebut diagihkan di beberapa kawasan yang paling terjejas iaitu Kampung Limbat, Pasir Mas; Peringat; Kampung Seri Sentosa Bachok dan Tumpat oleh Kumpulan Pantai Bharu baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Rabitah Shamshudin berkata, misi bantuan banjir itu salah satu inisiatif kerja khidmat sosial mereka dari 10 hingga 13 Disember lalu dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.

Katanya, ini bukan kali pertama kumpulan tersebut melaksanakan kerja khidmat sosial berkaitan banjir dan diharapkan usaha ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir, selain memberi sokongan moral kepada mereka.

Ujarnya, program itu memfokuskan kepada penyaluran barangan keperluan asas, makanan, dan minuman kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

“Antara barangan yang disumbangkan meliputi pelbagai keperluan asas seperti lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan dewasa, susu kanak-kanak, selimut, bantal, tuala, air minuman dan makanan.

“Selain itu, bantuan turut merangkumi keperluan peribadi seperti sejadah, kain pelikat, kain batik, telekung, serta pakaian terpakai untuk dewasa dan kanak-kanak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI