fbpx

Liga Super: Sri Pahang tekad curi mata di SSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Sri Pahang giat menjalani latihan sebelum aksi Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. - Foto ihsan Sri Pahang

PEMAIN import sensasi Sri Pahang,  Stefano Brundo sudah pasti akan berada dalam senarai utama kesebelasan utama menjelang aksi menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.

Ketua jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad berharap  pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim itu akan menjadi pentas terbaik Stefano kembali pada prestasi sebenar untuk membantu barisan hadapan mencetak gol.

“Stefano akan beraksi kalau takda masalah dengan kecederaannya.

“Sekiranya tiada masalah, sudah pasti pemain tengah itu akan bergandingan dengan Mohamad Azam Azih dan Manual Hidalgo.

“Selain bantuan gol, pemain itu juga boleh diharap untuk menjaringkan gol selepas meledak empat gol sepanjang musim ini,” katanya kepada Kosmo!

Mengulas lanjut, Fandi mahu anak buahnya memberi tumpuan sepenuhnya pada aksi atas padang kerana menyedari kekuatan JDT yang konsisten musim ini.

“Pemain perlu berikan keyakinan untuk saingi kekuatan JDT. Harap kita ada peluang mencuri mata itu kerana matlamat kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN