fbpx

Lebih baik melancong DIY daripada guna ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Segelintir pihak mendakwa melancong secara ‘do it yourself’ (DIY) adalah lebih murah dan kurang berisiko berbanding menggunakan khidmat agensi pelancongan.

Rata-rata berpandangan, terdapat pelbagai kemudahan dan aplikasi yang boleh didapati kini bagi membuat tempahan ketika melancong ke luar negara.

Perkara itu menjadi topik hangat di media sosial susulan kes beberapa rakyat Malaysia didakwa ditipu sebuah agensi pelancongan ketika melancong ke Korea Selatan baru-baru ini.

“Melancong DIY lebih mudah walaupun makan masa sebab nak kena buat ‘research’ sikit pasal negara itu. Tapi sebenarnya boleh jimat banyak benda,” jelas Aina.

“Kalau nak melancong negara dalam Asia ini, tak perlu pun pakai ejen. Pergi sendiri sahaja. Umrah pun sekarang orang dah tak ambil pakej,” jelas Azrul.

“Banyak dah orang rasa tertipu bila guna agensi pelancongan. Tempat yang mereka bawa semua tak best dan semua benda nak cepat,” luah Rose.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa menggunakan agensi pelancongan dapat memudahkan urusan untuk melancong.

“Okey sahaja nak guna ejen cuma kena pastikan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” kata Zarif.

“Saya pernah urus trip syarikat. Memang pening kepala, hujung-hujung guna agensi sahaja, sangat mudah,” jelas Linda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI