fbpx

KPDN Johor lupus barang kes RM2.15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILIS SASLINDA (dua dari kanan) melupuskan pakaian yang disita pada Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana di Kompleks Penyimpanan Ekshibit, KPDN Negeri Johor Senai, Kulai hari ini. -Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor melupuskan barang kes yang dianggarkan berjumlah RM2.15 juta sepanjang tahun ini.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan pelupusan itu pelbagai barang kes itu melibatkan 152 kertas siasatan yang telah diselesaikan.

“Sepanjang tahun ini juga, KPDN Johor telah mengendalikan sebanyak 1,287 kes dengan jumlah nilai sitaan sebanyak RM29.7 juta.

“Dalam tempoh sama juga, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan merekodkan hasil kutipan kompaun dan denda adalah sebanyak RM1.33 juta,” katanya pada sidang akhbar Program Pelupusan Ekshibit Perdana di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Senai, di sini hari ini.

Terdahulu, pihak KPDN Johor melupuskan pelbagai barangan kes yang dianggarkan bernilai RM113,652 daripada 23 kes yang telah selesai bagi tahun 2021 hingga 2024.

Lilis Saslinda berkata, barangan yang dimusnahkan dirampas di pelbagai peringkat perniagaan iaitu peruncit dan pemborong termasuk serbuan di kedai, kilang dan stor simpanan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI