fbpx

Kerap tergigit lidah petanda Breffa hidap kanser lidah tahap 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Breffa selepas proses mencabut lima batang gigi sebagai prosedur awal rawatan, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sering tergigit lidah secara berulang kali ketika tidur sejak setahun lalu menjadi petanda kepada seorang pemuda, Mohd. Yazid Baharudin, 40, diserang kanser lidah.

Lebih membimbangkan, kanser berkenaan sangat pantas merebak ke tahap empat pada hari ni, sejak ia didiagnosis tahap dua pada 25 November lalu.

Sebelum ini Mohd. Yazid yang mesra disapa Breffa berkata, luka gigitan akan sembuh dalam tempoh dua hari, namun ia tidak berlaku bermula Oktober lalu apabila ulser itu semakin merebak dan membesar.

Katanya, yang bekerja sebagai Ketua Pemasaran di sebuah syarikat pengendali umrah dan haji, keadaan itu menyebabkan lidahnya turut membengkak sehingga menyukarkannya untuk makan dan bercakap.

“Oktober lalu saya beli ubat di farmasi untuk ulser, tapi lepas sebulan ia tetap tak sembuh, malah semakin besar. Saya ke klinik swasta, tapi doktor di situ minta saya ke hospital.

“Saya ke klinik kesihatan dan dirujuk ke klinik pergigian seterusnya ke pakar bedah mulut Hospital Selayang. Sampel lidah saya diambil dan dari situlah kanser saya dapat dikesan,” katanya ketika dihubungi.

Perkembangan keadaan lidah Breffa dalam tempoh tujuh bulan.

Disebabkan keadaan itu, Breffa berkata, dia benar-benar memerlukan bantuan orang ramai sesegera mungkin bagi mendapatkan rawatan fasa pertama (Brachytherapy) melibatkan kos sebanyak RM150,000 yang dijadualkan pada 22 Disember ini.

“Kutipan dana masih belum cukup dan jumlah terkini adalah kira-kira RM61,000.

“Saya hanya ada kira-kira empat hari sahaja lagi untuk kumpul dana. Kalau masih tak cukup, kena tangguh lagi buat rawatan sedangkan kanser ini sangat pantas merebak.

“Baru-baru ini lima batang gigi saya sudah dicabut sebagai prosedur awal rawatan. Saya benar-benar reda, tetapi sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk meneruskan hidup dan meneruskan kerjaya seperti biasa,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan melayari pautan bit.ly/bantubreffa atau terus ke akaun Ambank Islamic Berhad, Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia 8881 0591 36636 (rujukan: Breffa) – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI