PETALING JAYA- Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila bungkusan barang yang sepatutnya diterima hanya tinggal plastik pembungkus.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di TikTok oleh Ona Ismail, memaparkan kanak-kanak itu mengambil bungkusan barang berkenaan, dan diserahkan kepada suspek yang menunggu di kawasan parkir.
Walau bagaimanapun, mangsa dapat menghubungi suspek untuk mendapatkan penjelasan, namun pada awalnya suspek menafikan tuduhan tersebut.
Selepas ditunjukkan bukti rakaman CCTV yang jelas, suspek mengaku mengambil barang itu dan mendakwa telah menggunakan barang tersebut.
Netizen turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu, menyeru orang ramai agar tidak membiarkan kanak-kanak terlibat dalam perbuatan jenayah.
“Patut buat laporan ini, kalau lepas ini nanti dia buat dekat barang-barang orang lain, dia ajar anak-anak dia buat benda itu,” kata AziraSoffiya.
“Kasihannya lihat anak-anak dia. Yang kecil tu dengan tak pakai selipar,” ujar Mamaadam. -KOSMO! ONLINE