fbpx

Isteri tembak suami tak tahan sering dipukul, dikurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anantaya menangis ketika polis tiba. - Daily News

BANGKOK – Seorang wanita menembak mati suaminya selepas sering dipukul dan dikurung di rumah mereka di Phan Thong, wilayah Chon Buri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Anantaya, 39, berkata, dia sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga disebabkan sikap suaminya yang kerap cemburu buta.

Menurut Anantaya, mereka bertengkar pada Sabtu lalu disebabkan cemburu dan masalah kewangan.

Tambahnya, suaminya, Chumpol memukul dan mengurungnya di rumah mereka sejak Sabtu lalu serta memotong rambut wanita itu secara rawak.

Dalam kejadian semalam, pertengkaran sekali lagi tercetus sebelum Chumpol mengacukan pistol ke arah isterinya.

Anantaya yang ketakutan kemudian mengambil sepucuk pistol lain lalu menembak suaminya hingga mati di tempat kejadian.

Pegawai-pegawai polis setempat yang tiba di lokasi kejadian di rumah mereka kemudian menemui mayat Chumpol dalam keadaan tertiarap di atas lantai bilik tidur.

Dia mempunyai lapan kesan tembakan dengan lima daripadanya menembusi dadanya.

Polis turut menemui dua pucuk pistol selain gumpalan rambut di atas lantai milik Anantaya, yang ketika itu duduk di luar rumah sambil menangis.

Anantaya dibawa ke balai polis dan siasatan masih dilakukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI