PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang dijangka terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Perlis, cuaca buruk ini dijangka melanda seluruh negeri, manakala di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Bagi Pulau Pinang, kawasan yang dijangka terjejas ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya.
Tambahnya, Perak turut mengalami ribut petir di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Di Pahang, kawasan terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera,” ujarnya.
Selain itu, ribut petir dijangka melanda Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.
“Bagi Sabah, kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau serta Tawau dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama,” jelas kenyataan itu lagi.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat cuaca buruk ini. – KOSMO! ONLINE