fbpx

Gadis hilang 7 hari gagal dikesan di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI WAFAAUMAIRAH dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu selepas didapati tiada di rumah keluarganya di Kampung Semaseh Panchor, Muar.

MUAR – Seorang remaja perempuan gagal dikesan ahli keluarganya sejak tujuh hari lalu selepas keluar dari rumah di Kampung Semaseh Panchor, di sini.

Puteri Wafaaumairah Roslan, 13, disedari hilang oleh ibunya pada 10 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, susulan kehilangan itu, keluarga gadis tersebut membuat laporan pada 11 Disember lalu di Balai Polis Panchor.

“Remaja itu masih bersekolah di Bukit Gambir. Dia berketinggian 155 sentimeter dengan berat 45 kilogram dan berfizikal kurus, berkulit putih, berambut paras paras bahu selain tidak memakai cermin mata,” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Erwine Pedaron di talian 013-760 9454 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerusi 06-9526001.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI