fbpx

EPL: Sterling sudah buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING tidak berhasrat untuk meninggalkan Arsenal biarpun terdesak untuk mendapatkan minit permainan. - AFP

LONDON – Pemain pinjaman Arsenal, Raheem Sterling dilapor sudah membuat keputusan mengenai masa depan kariernya menjelang jendela perpindahan Januari ini selepas melalui tempoh yang sukar bersama The Gunners.

Sterling gagal gagal memberikan aksi dan impak terbaik sejak menyertai Arsenal selepas meninggalkan Chelsea pada Ogos lalu.

Pemain berusia 30 tahun memiliki 82 penampilan bersama England, namun hanya beraksi 10 perlawanan bersama skuad kendalian Mikel Arteta dengan meledak satu gol dan dua umpanan jaringan.

Sterling gagal membuat penampilan dalam tiga perlawanan terakhir bersama Arsenal untuk saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, namun dia enggan berputus asa dan masih mahu kekal merebut tempat bersama pasukan itu.

Berdasarkan laporkan, Sterling dilapor tidak berhasrat untuk memendekkan tempoh pinjamannya bersama kelab yang berpangkalan di utara London itu biarpun terdesak untuk mendapatkan minit permainan.

Arteta mengakui bahawa kehadiran Sterling di bilik persalinan Arsenal sangat penting kerana pemain itu memiliki karakter yang luar biasa, malah dia juga masih dianggap penting sebagai persediaan sekiranya The Gunners berdepan isu kecederaan dan penggantungan.

Tempoh pinjaman Sterling di Emirates bakal berakhir pada hujung musim ini yang menyaksikannya kembali ke Stamford Bridge ketika kontraknya bersama Chelsea masih berbaki sehingga 2027. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI