fbpx

EPL: City kembali jadi ‘kelab kerdil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN City, Kyle Walker didakwa berlakon merebahkan badan untuk meraih simpati pengadil. - AFP

MANCHESTER – Reputasi Manchester City selaku juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama empat musim berturut-turut terus tercalar apabila kali ini tewas 1-2 kepada seteru setempat, Manchester United di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Sepanjang 11 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, City hanya menang sekali, dua seri dan lapan kekalahan sekali gus jatuh ke tangga kelima dengan 27 mata, satu mata dipintas oleh Nottingham Forest yang melonjak ke kedudukan keempat.

Lebih malang, The Citizens kini ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan sekali gus tampak sukar untuk mempertahankan gelaran musim ini.

Pengurusnya, Pep Guardiola mengakui langsung tidak menjangkakan kejatuhan prestasi yang mendadak apabila bolos dua kali di penghujung perlawanan meskipun terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Josko Gvardiol di babak pertama.

“Tiada apa untuk saya pertahankan, saya bos dan sayalah pengurus. Saya perlu mencari penyelesaian dan saya tidak dapat menemui jalan itu.

“Ini adalah kelab besar, apabila anda kalah lapan daripada 11 perlawanan, pastinya ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Apa yang boleh saya katakan? Jadual perlawanan memang sukar, pemain yang cedera? Tidak.”

“Saya tidak cukup bagus, ia semudah itu. Saya tahu musim ini akan menjadi sukar. Sejak dari awal, saya sudah berkata banyak kali walaupun ketika kami sedang menang,” kata Guardiola.

Peluang City kembali ke landasan tepat tampak sukar untuk aksi seterusnya memandangkan lawan selepas ini di tempat keenam, Aston Villa juga terdesak untuk mencatat kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Forest. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI