fbpx

‘DinFei’ azam jadi beregu lebih solid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZUDDIN (kiri) dan Sze Fei muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir selepas tewas kepada beregu Denmark kelmarin. - AFP

BEREGU lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei bertekad untuk meningkatkan konsistensi dan menjadi pemain yang lebih lengkap pada tahun 2025 selepas menutup musim ini dengan pencapaian cemerlang.

Walaupun tewas aksi final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China kelmarin, namun mereka tetap bangga dengan pencapaian itu.

Ini kerana Izzudin-Sze Fei menutup aksi 2024 paling gemilang dalam kerjaya mereka selepas merangkul tiga gelaran Jelajah Dunia iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik.

Kejayaan tersebut bakal melonjakkan beregu yang mesra disapa ‘DinFei’ dari kedudukan ketujuh, naik kepada empat anak tangga untuk bergelar beregu nombor tiga dunia selepas ini.

“Ya, sejujurnya pencapaian ini di luar jangkaan kami. Tetapi kami sangat bersyukur dan menghargai apa yang pasukan telah lakukan untuk kami.

“Saya rasa tanpa sokongan peminat, kami tidak mungkin berjaya. Apa pun, saya rasa musim ini sangat baik untuk kami.

“Kami meraih sesuatu yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Saya harap kami boleh menjadi lebih baik tahun depan.

“Dari segi konsistensi, saya rasa mungkin komunikasi kami. Kami akan perbaiki untuk cuba menjadi pemain yang lebih lengkap,” kata Sze Fei.

Izzuddin-Sze Fei membawa pulang AS$100,000 (RM445,000) sebagai naib juara, manakala Astrup-Rasmussen yang muncul selaku juara mendapat habuan sebanyak AS$210,000 (RM934,500).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI