fbpx

Cadang wujud tabung khas jenazah tak mampu bayar bil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anfaal ketika ketika ditemui pemberita pada majlis di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Cadangan mewujudkan tabung kecemasan atau dana khas pengurusan jenazah akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan insiden bayi ‘ditahan’ dalam peti sejuk berulang kembali.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, ini termasuk bagi memudah dan mempercepatkan kebenaran tuntutan jenazah untuk mereka yang tidak mampu membayar bil hospital termasuk di swasta.

Tambahan, katanya, langkah tersebut adalah fardu kifayah kepada umat Islam khususnya bagi menguruskan mana-mana jenazah secepat mungkin selepas kematian.

“Semalam pun ada pihak teks saya, kes tidak boleh melepaskan jenazah disebabkan tidak bayar (bil) RM1, 900. Jadi, kita harus kenal pasti kes-kes sebegini dari berulang kembali.

“Kita akan gesa KKM buat polisi tersebut termasuk mengusulkan wujud satu tabung atau dana khas boleh diberikan kepada penerima bantuan khususnya waris dalam kes-kes tersebut.

“Sebab kita tidak tahu kematian berlaku di hospital kerajaan atau swasta. Tetapi yang paling penting pengurusan jenazah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Wanita Berdaya Selangor dan Future Laboratory Sdn. Bhd.

Anfaal menjelaskan, kerajaan negeri juga akan mengusulkan perkara sama kepada pengurusan zakat negeri ini bagi melakukan perkara yang sama.

Mengulas mengenai kes bayi Allahyarham Muhammad Adam, Mikail, Anfaal memaklumkan kerajaan negeri sedang menunggu maklumat sahih daripada siasatan polis dan KKM sebelum tindakan lanjut dalam diberikan pihaknya.

Tambahnya, ini kerana kedua-dua belah pihak mempunyai hujahnya masing-masing dan kita akan memastikan semua hasil siasatan itu adalah tepat.

“Saya melihat perkara yang lebih berakar umbi dalam kes ini adalah kenapa bapa itu tidak terfikir pergi ke klinik kerajaan contohnya, buka buku pink bayaran RM1 dan bantuan zakat.

“Di peringkat zakat juga, daripada kita pasif atau reaktif, sepatutnya pihak zakat kena kenal pasti mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Anfaal berkata, pihaknya ada menghubungi keluarga tersebut seawal kes tersebut tular bagi memberikan bantuan termasuk kaunseling.

“Namun mungkin kerana ia telah menjadi perhatian umum menyebabkan mereka tidak bersedia ditemui.

“Saya juga ambil maklum ada pihak peguam sedang membela nasib bapa atau pasangan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI