fbpx

Bintang Man. United berada dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN-PEMAIN bintang United berdepan risiko disingkirkan jika tidak mencapai standard permainan. - MANUTD

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim seakan mula menikmati perjalanannya bersama pasukan itu selepas ditabalkan sebagai ‘raja Manchester’ susulan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Manchester City awal pagi semalam.

Kemenangan derbi Manchester dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu adalah kali kedua berturut-turut Amorim menewaskan Pep Guardiola selepas terdahulu mengaibkan pengurus City tersebut 1-4 ketika bersama Sporting Lisbon dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal bulan lalu.

Menariknya, kejayaan kali ini dilakukan tanpa dua bintang utama United, Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho yang tiada dalam senarai pasukan pada aksi di Stadium Etihad itu.

Situasi itu dilihat seperti mesej jelas daripada Amorim kepada barisan pemainnya bahawa beliau tidak teragak-agak untuk menggugurkan mana-mana bintang sekiranya gagal mencapai standard seperti ditetapkannya.

“Minggu depan, perlawanan seterusnya, kehidupan baharu dan mereka perlu berjuang merebut tempat. Apa yang penting adalah prestasi dalam latihan dan perlawanan, cara anda berpakaian, makan, berinteraksi serta mendorong rakan sepasukan

“Semua perkara sangat penting dan ini adalah permulaan untuk mengubah banyak perkara. Kami perlu meletakkan standard yang tinggi dan untuk itu, mereka perlu berjuang mendapat tempat mereka dalam pasukan.

“Hari ini kami membuktikan kami boleh mengenepikan sesiapa sahaja daripada skuad dan anda boleh menang jika anda bermain bersama,” kata Amorim.

Biarpun masih kekal di tangga ke-13 tetapi dua gol daripada Bruno Fernandes dan Amad Diallo memastikan United menamatkan rekod dua kekalahan berturut-turut dalam aksi EPL sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI