fbpx

Bakal pengantin didakwa pandu melulu sebabkan kematian dua remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua remaja lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, S. Vinudharan, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta nombor pendaftaran SWH 2031 telah memandu secara berbahaya kenderaan tersebut di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian terhadap Erwan Idris, 16, dan Putra Norsyaqir Putrawirawan, 16. Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.53 malam di Jalan Krubong Permai dalam daerah Melaka Tengah pada 24 Disember 2023.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang sesuatu lesen tidak kurang daripada lima tahun, manakala lesen digantung bermula daripada tarikh pertuduhan pertama kali dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jumlah jaminan RM16,000.

Peguam MX Koh yang mewakili tertuduh kemudian merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pemandu lori pasar borong dengan pendapatan RM60 sehari dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 27 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI