PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda Pantai Timur sehingga Khamis.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip, kawasan yang terlibat di Pantai Timur termasuk seluruh negeri Terengganu dan Kelantan, manakala di Pahang, daerah yang terkesan adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, Mersing dan Kota Tinggi di Johor juga terlibat dengan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula Khamis sehingga Ahad ini.
“Sarawak turut menerima amaran serupa di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Sabah juga tidak terkecuali, dengan amaran hujan berterusan dikeluarkan di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638. Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengingatkan orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan yang dijangka terkesan oleh hujan lebat. – KOSMO! ONLINE