fbpx

12 ditemui mati di resort ski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resort ski Gudauri di Georgia. - Getty Images

TBILISI, GEORGIA – Pihak berkuasa Georgia melancarkan siasatan berhubung kematian 12 orang di sebuah resort ski, disyaki akibat keracunan karbon monoksida, lapor agensi berita United Press International semalam.

Kementerian Dalam Negeri Georgia berkata, mayat 11 rakyat asing dan seorang warga  tempatan ditemui di ruang tidur  di tingkat atas sebuah restoran makanan India di resort ski Gudauri. 

Pusat peranginan itu terletak di utara Georgia, dekat sempadannya dengan Russia.

Kesemua manga terdiri daripada pekerja restoran yang beroperasi dalam resort ski Gudauri.

Siasatan awal mendapati tiada keganasan berlaku tetapi ada generator yang diletakkan di tengah-tengah ruang tersebut.

Menurut kementerian berkenaan, tempat tinggal mangsa mengalami gangguan bekalan elektrik sebelum generator digunakan di ruang tertutup.

Ia memberi petunjuk karbon monoksida mungkin menjadi punca kematian mereka. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI