BINTULU – Suasana di pasar lama Bintulu di sini kecoh dengan ‘kemunculan’ seorang wanita dalam keadaan bogel dan mengamuk pagi tadi.
Wanita yang dipercayai mengalami masalah mental itu berada atas jalan raya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti.
Bukan itu sahaja, wanita itu juga bertindak menendang beberapa buah kenderaan termasuk kereta peronda (MPV) yang tiba bagi mengawal keadaan di lokasi berkenaan.
Selain itu, wanita tersebut juga masuk ke dalam kedai makanan.
Beberapa gambar mengenai kejadian itu turut tular di media sosial dan ada netizen berharap wanita terbabit segera diberikan bantuan oleh pihak berkaitan.
Difahamkan, tiada penahanan dilakukan terhadap wanita itu oleh Polis Diraja Malaysia dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE