fbpx

[VIDEO] ‘Tukar cadar, mop lantai bukan tugas pelanggan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di Tiktok oleh Faizuddin.

PETALING JAYA – Pengalaman seorang pelanggan berurusan dengan pemilik inap desa mencetuskan perdebatan apabila dia diminta mengemas semula penginapan selepas digunakan, malah turut disindir kerana tidak berbuat demikian.

Perkongsian di TikTok oleh pengguna, Faizuddin, menarik perhatian ramai apabila dia menceritakan pengalaman pertamanya berdepan dengan pemilik inap desa yang mengharapkan pelanggannya melakukan tugas pembersihan.

Situasi itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pemilik inap desa tersebut.

“Pemilik memang kena bertanggungjawab untuk memastikan inap desa bersih selepas penginap keluar. Kebersihan adalah perkara utama bagi keselesaan pelanggan seterusnya. Tukar cadar, mop lantai, sanitasi, itu semua tugas pemilik, bukan pelanggan,” ujar Aisyah Hashim.

“Jadi kita bayar untuk apa? Kalau semuanya pelanggan kena kemas, baik cakap saja kita nak tumpang tidur. Tanggungjawab pelanggan hanyalah memastikan barang tidak rosak, itu lebih masuk akal,” kata Heza.

Namun, ada juga yang berpandangan bahawa tanggungjawab penginap tidak boleh diabaikan sepenuhnya.

“Bukan salah penginap kalau tinggalkan homestay dalam keadaan teratur. Contohnya buang sampah, susun barang di tempat asal, atau pastikan meja makan bersih. Tetapi tugas berat seperti menukar cadar atau mop lantai seharusnya tanggungjawab pemilik,” jelas Kayanne.

Terdapat juga perkongsian pengalaman peribadi daripada pelanggan lain yang pernah berdepan situasi lebih mengecewakan.

“Saya pernah kena buang sampah sendiri, tak boleh tinggal dalam rumah, semua barang kena kemas. Masalahnya, inap desa itu sendiri tak bersih! Almari pintu tercabut, pemanas air tak berfungsi, lantai berhabuk, perkakas memasak berkarat, dan penghawa dingin tak sejuk. Lepas keluar, pemilik minta ulasan, jadi saya beri komen paling jujur,” kongsi Mawanmanis. – KOSMO! ONLINE

@saya_faizuddin Dia ajar customer utk ada common sense tapi dia sendiri xde sifat cmtu. Maaf masuk dlm homestay blocklist 🙏 #homestay #commonsense #perangai #batak #bangi #kajang ♬ original sound – officialnohsalleh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI