TAIPEI – Taiwan menerima 38 kereta kebal tempur Abrams dari Amerika Syarikat, kata kementerian pertahanan hari ini sekali gus kereta kebal baharu pertama Taipei dalam tempoh 30 tahun.
Kereta kebal jenis M1A2 itu adalah kumpulan pertama daripada 108 unit yang ditempah dalam tahun 2019. Ia tiba di Taiwan lewat semalam dan dipindahkan ke sebuah pangkalan latihan tentera darat di Hsinchu, selatan Taipei, kata kementerian pertahanan.
Briged kereta kebal Taiwan pada ini meliputi kira-kira 1,000 kereta kebal CM11 Brave Tiger buatan tempatan dan M60A3 dari Amerika Syarikat yang teknologinya semakin usang.
Kereta kebal Abrams merupakan antara yang paling berat di dunia dan merupakan kereta kebal utama tentera Amerika.
Taiwan menempah kereta kebal canggih itu dalam tahun 2019 dan memperuntukkan lebih AS$1.2 bilion (RM4.4 bilion) untuk mendapatkannya.
“Baki tempahan dijangka diserahkan dalam tahun 2025 dan 2026,” kata seorang pegawai tentera.
Taipei menyediakan peruntukan AS$19 bilion(RM84.6 bilion) untuk bajet pertahanannya pada tahun ini. – AFP