fbpx

RM6.19 juta peruntukan bina rumah veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMAON (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Mohd Yusla Ismail (kanan) bersama tiga penerima yang menerima Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Johor di Kampung Bahru Kadir Darat, Senggarang, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Sejumlah RM6.19 juta peruntukan diluluskan untuk membina baharu serta membaik pulih rumah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)di seluruh negara sehingga bulan November tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datul Semaon Marjuki berkata, daripada jumlah itu sebanyak 53 buah permohonan bina baharu serta 209 buah baik pulih rumah.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM55,000 bagi kawasan Semenanjung, RM60,000 di Sabah dan RM65,000 di Sarawak manakala Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyediakan subsidi sebanyak RM20,000 untuk setiap rumah yang dibina.

“Bagi menyokong visi ini, Kementerian Pertahanan telah menyediakan tiga inisiatif bantuan perumahan melalui Projek SASaR Mindef (kuota 15 peratus diperuntukkan untuk Veteran ATM), Program Bina Baharu dan Program Baik Pulih Rumah Veteran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Bina Baharu Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Johor di Kampung Bahru Kadir Darat, Senggarang di sini hari ini.

Menurut Semaon, bagi negeri Johor, sebanyak lima permohonan bina baharu manakala lapan permohonan baik pulih rumah telah diluluskan bagi 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI