fbpx

Real Madrid buang peluang keemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Real, Vinicius Junior melepaskan rembatan ke gawang Vallecano dalam aksi La Liga yang berakhir seri 3-3 awal pagi semalam. - AFP

MADRID – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan pasukannya tetap berada pada landasan yang tepat biarpun sekadar seri 3-3 menentang Rayo Vallecano dalam aksi La Liga di Stadium Vallecas awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan Real kekal di tangga kedua menerusi 37 mata, terlepas peluang untuk memintas Barcelona yang hanya berkelebihan satu mata di puncak La Liga.

“Ia adalah perlawanan yang lengkap walaupun terdapat banyak kesilapan tetapi saya rasa kami tidak begitu menderita seperti keputusan akhir. Saya lebih bimbang tentang keputusan seri menentang Mallorca dan Las Palmas.

“Apabila saya memandang ke hadapan, saya melihat tahun 2025 yang sangat positif walaupun mungkin saya salah. Pasukan ini menunjukkan keinginan dan semangat yang besar,” kata Ancelotti.

Pengendali kelahiran Itali itu turut memuji usaha pasukannya, namun mengakui masalah kecederaan dalam kalangan pemain pertahanan utama terus memberi kesan besar.

Dani Carvajal dan Eder Militao terlepas aksi musim ini akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sementara David Alaba masih belum pulih sepenuhnya.

“Kami menghadapi cabaran besar dengan kehilangan pemain seperti Carvajal dan Militao untuk jangka masa lama. Tetapi saya yakin dengan pemain-pemain lain yang ada, mereka mampu menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

Tiga gol Real dalam aksi itu dihasilkan oleh Federico Valverde, Jude Bellingham dan Rodrygo, manakala Vallecano memperoleh jaringan menerusi Unai Lopez, Abdul Mumin serta Isi Palazon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN