fbpx

‘Moga ada sinar di hujung terowong, istilah zalim itu besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid enggan menceraikan Diana kerana beranggapan rumah tangganya masih boleh diselamatkan.

KUALA LUMPUR – Enggan melafazkan cerai pada prosiding pertama tuntutan perceraian kerana percaya rumah tangga masih mampu diselamatkan, aktor Farid Kamil menegaskan rasa cintanya terhadap isterinya, Diana Danielle masih utuh.

Menurut Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 43, kasih sayang terhadap Diana tidak pudar dan akan terus mempertahankan rumah tangga meskipun isterinya terus mendesak mahu diceraikan.

“Alhamdulillah, kasih sayang dan cinta bukan boleh dijual beli.

“Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak. Perjuangan (pertahankan rumah tangga) mesti diteruskan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Tambah Farid, dia akan terus berusaha memulihkan hubungan dengan Diana kerana yakin peluang tersebut masih ada.

Tegasnya, hanya dirinya sahaja yang merasai rasa cinta terhadap Diana ketika ini.

“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat Tuhan dalam perkahwinan.

“Pada pandangan saya, perkahwinan kami dirahmati dan akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan. Perasaan sayang dan kasih kepada Diana hanya saya yang rasa.

“Kasih sayang masih kuat dan berterusan serta akan perjuangkan semua itu. Alhamdulillah anak-anak saya juga dalam keadaan baik,” ujarnya.

Selain dirinya yang terus berusaha mempertahankan rumah tangga, Farid meminta orang ramai menitipkan doa agar semua kemelut berakhir dengan baik.

Dalam masa sama, dia juga tidak menafikan bahawa hanya dirinya mampu membahagiakan Diana dan anak-anaknya.

“Saya harap semua dapat mendoakan, dalam keadaan sekarang ini. Doa dan harapan adalah yang terbaik.

“Semoga ada sinar di hujung terowong,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Farid menafikan kenyataan Diana mendakwa tidak melafazkan cerai adalah perkara yang menzalimi dirinya.

“Perkataan zalim itu sesuatu yang besar dan hanya boleh diterjemahkan di mahkamah.

“Malaysia ada mahkamah syariah yang sebenar dan kita ikut saluran yang betul,” jelasnya yang diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Hari ini, mahkamah di sini memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas aktor itu enggan menceraikan isterinya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI