fbpx

Mayat pekerja kapal jatuh sungai ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR membawa mayat mangsa ke Terminal Sejingkat, selepas dijumpai terapung pada jarak empat kilometer dari KPB.

KUCHING – Mayat lelaki warga Myanmar yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Terminal Sejingkat, di sini semalam ditemukan dalam keadaan terapung pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Win Kyaw Paik, 49, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 10.14 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak empat kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang merupakan pekerja kapal dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai semasa melalui jambatan menuju ke kapal jenis muatan kontena kira-kira pukul 12.01 tengah malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI