fbpx

Mangsa kemalangan diseret 10 kilometer sebelum mayat dibiar tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak pikap yang dipandu suspek. - Channel 8

BANGKOK – Mayat seorang warga emas berusia 84 tahun ditemui di tepi jalan di Photharam, wilayah Ratchaburi semalam, selepas mangsa dilanggar dan diseret sejauh 10 kilometer, lapor laman berita Thaiger.

Menurut polis, ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Boonchu Aramkong, sebelum itu membuat laporan bagi meminta pihak berkuasa membantu mengesan sebuah trak pikap yang melanggar warga emas tersebut.

Trak pikap itu melanggar mangsa ketika dia melintas jalan.

Pemandunya bagaimanapun enggan memberhentikan kenderaan dan terus memecut laju sehingga menyeret mangsa.

Ahli keluarga mangsa cuba mengejar kenderaan tersebut sebelum ia hilang dari pandangan.

Selepas laporan dibuat, polis kemudian menemui mayat mangsa di tepi jalan kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia dilanggar, namun pemandu dan trak pikap tersebut tiada di situ.

Polis kemudian berjaya mengesan kenderaan itu yang diletakkan di hadapan sebuah tokong dalam daerah sama.

Pemandunya, Paeng Somjai, 61, mengaku tidak sengaja melanggar mangsa dan dia memecut laju kerana panik.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat, manakala Somjai ditahan untuk siasatan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI