fbpx

Lembu, ayam, itik hadiah utama lumba lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa ekor lembu di Yunan. - Foto AFP

BEIJING – Kejohanan Larian Ais dan Salji Nong’an Taipingchi di wilayah Jilin, China menarik perhatian netizen selepas penganjur mengumumkan hadiah utama berupa seekor lembu, lapor portal berita MSNews hari ini.

Selain lembu, hadiah unik lain seperti ikan, ayam, itik, beras dan tepung gandum akan diberikan kepada 50 pemenang terbaik.

Menurut media tempatan, acara tersebut menampilkan dua kategori iaitu larian separa maraton dan larian kesihatan sejauh 5  kilometer.

Juara larian separa maraton mempunyai pilihan untuk membawa pulang seekor lembu atau menukarnya dengan wang tunai 6,000 yuan (RM3,700).

Sementara itu, naib juara bakal menerima wang tunai, manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang ikan liar.

Mereka yang menduduki tempat keempat hingga 20 akan menerima wang tunai bersama ayam atau itik,  manakala tempat ke-30 hingga 50 bakal menerima 10 kilogram beras atau tepung gandum.

Seorang kakitangan jawatankuasa penganjur pertandingan itu menjelaskan bahawa hadiah-hadiah itu bukan sahaja menambah unsur keseronokan tetapi juga menonjolkan produk pertanian tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI