fbpx

Lelaki pandu kereta ‘zig zag’ di lebuh raya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular sebuah kereta dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku di kilometer 216 lebuh raya Plus arah utara di Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video tular menunjukkan sebuah kereta dipandu secara ‘zig zag’ dipercayai berlaku di kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan selepas polis mengesan video tersebut di aplikasi TikTok kira-kira pukul 3.20 petang pada 4 Disember lalu.

“Video berdurasi 1 minit 9 saat itu memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia nombor pendaftaran tidak pasti dikesan dipandu secara melulu dengan pergerakan zig zag ke kiri dan kanan jalan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Kejadian dipercayai berlaku di kilometer 216 Lebuhraya Plus arah utara dibawah pentadbiran Alor Gajah. Susulan itu, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia bewarna jingga melakukan aksi zig zag sehingga hampir menyebabkan kemalangan terhadap pemandu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI