fbpx

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan hydraulic cutter bagi membuka pintu kereta yang terkunci untuk mengeluarkan mangsa kemalangan di Kampung Bali, Batu Gajah hari ini.

BATU GAJAH – Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kereta dipandu terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di Kampung Bali di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Hameed Abdul Majeed berusia 54 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi itu diterima pada pukul 9.58 pagi.

Katanya, kemalangan dikatakan berlaku selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di tepi jalan sebelum berpusing.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki warga Pakistan di dalam kenderaan. Anggota kemudiannya menggunakan pemotong hidraulik bagi membuka pintu kereta yang terkunci untuk mengeluarkan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI