PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 6 petang itu melibatkan seluruh kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Di Perak, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala di Pahang pula kawasan terjejas termasuk Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
“Bagi Selangor, cuaca buruk dijangka melibatkan Kuala Langat dan Sepang, sementara di Sarawak pula melibatkan Sibu (Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Telang Usan),” jelas kenyataan itu.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan). -KOSMO! ONLINE