fbpx

Langkawi rekod lebih 50 peratus kemasukan pelancong dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat penerbangan IndiGo memulakan penerbangan harian secara terus dari Bengaluru, India ke Langkawi bermula hari ini di LTAL, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Pulau peranginan ini merekodkan kemasukan seramai 124,000 pelancong dari India sehingga Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, jumlah itu adalah lebih 50 peratus berbanding jumlah kemasukan sepanjang tahun lalu seramai 132,000 orang.

Katanya, data Tourism Malaysia merekodkan lebih sejuta orang pelancong India memasuki Malaysia
sehingga bulan lalu.

“Langkawi menyumbang lebih 10 peratus daripada jumlah kedatangan pelancong India ke Malaysia.

“Penerbangan terus syarikat penerbangan IndiGo dari Bengaluru ke Langkawi dijangka akan meningkatkan lagi jumlah tersebut,” katanya pada sidang akhbat selepas sambutan penerbangan sulung IndiGo di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini hari ini.

Menurutnya, penerbangan tersebut menggunakan pesawat Airbus A320 berkapasiti 186 penumpang dijadualkan setiap hari.

“Menerusi penerbangan tersebut, LADA menganggarkan kira-kira 5,000 orang pelancong dari India akan memasuki Langkawi setiap bulan,” ujarnyan

Tambahnya, usaha itu merupakan antara persediaan awal sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Kedah 2025.

“Penerbangan ini menjadikan Langkawi menerima tiga penerbangan terus dari luar negara iaitu Singapura (Scoot Air) dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) (FlyDubai),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI