fbpx

Laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Pasar Lama, Kota Bharu hari ini. -Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Tanah runtuh sepanjang kira-kira 70 meter dikesan berlaku di laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium, Pelangi Mall di Jalan Pasar Lama, di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pegawai dan anggota polis sudah diarahkan untuk bertugas di kawasan runtuhan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada peniaga berhampiran kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menurutnya, anggota polis turut mengawal kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai daripada berkumpul di situ.

“Garisan kuning turut dipasang di kawasan runtuhan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku melibatkan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan, Mohd. Rozi Abdul Rahim, 52, berkata, runtuhan tanah itu melibatkan laluan pejalan kaki berhampiran sebuah kondominium.

Menurutnya, dia menyedari laluan itu runtuh semasa berada di premisnya berhampiran lokasi kejadian tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI