fbpx

Kos haji muassasah kekal RM33,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim 1446H/2025M kekal seperti tahun ini iaitu RM33,300 seorang.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pihaknya telah berusaha untuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.

“Harga penginapan di Tanah Suci juga telah meningkat dengan mendadak akibat daripada pembangunan pesat di Mekah dan Madinah.

“Namun, TH telah berjaya mengikat perjanjian dengan pengusaha hotel untuk beberapa tahun akan datang bagi memastikan keterjaminan harga penginapan terkawal,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Hamadah memaklumkan TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H/2025M kepada bakal jemaah Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji.

“Bantuan Kewangan Haji pada musim haji kali ini dianggarkan berjumlah RM261 juta dan ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 bilion dalam masa 25 tahun.

“Jumlah bantuan yang besar ini telah memberikan kesan langsung terhadap kemampanan kewangan TH dan pulangan kepada pendeposit,” ujarnya.

Jelasnya, bakal jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang mendapat bantuan kerajaan akan menerima bantuan kewangan haji daripada TH sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan RM1,000 seorang.

“Bantuan yang berjumlah RM18,300 ini adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan kos haji, menjadikan bayaran haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.

“Bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima bantuan kewangan haji RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan kos haji. Bayaran Haji bagi seorang jemaah M40 ialah RM23,500,” katanya.

Tambahnya, jemaah Muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan, perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI