fbpx

Kapal tangki Russia putus dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki Russia yang karam menyebabkan tumpahan minyak berlaku di Selat Kerch. - UPI

MOSCOW –  Dua kapal tangki membawa hampir 9,000 tan metrik bahan api mazut rosak dibadai ribut sebelum putus dua lalu karam, menyebabkan tumpahan minyak di Selat Kerch yang memisahkan Semenanjung Crimea dan Russia.

Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, kapal Volgoneft 212 terkandas dengan 13 anak kapalnya telah dipindahkan, manakala seorang kru maut.

Agensi pengangkutan laut dan air persekutuan Russia, Rosmorrechflot menyatakan, sebuah lagi kapal tangki, Volgoneft 239 turut rosak.

Kapal itu hanyut selama beberapa jam sebelum terkandas bersama 14 anak kapal.

Menurut Rosmorrechflot, pihaknya melancarkan dua siasatan jenayah.

Agensi berita Sputnik menyiarkan rakaman video oleh Pejabat Pendakwa Raya Pengangkutan Selatan Russia menunjukkan kapal tangki yang mengalami masalah itu.

Sebuah bot tunda, Merkuriy, telah dihantar dari Kerch untuk membantu menyelamatkan anak kapal, manakala  helikopter Mi-8 milik Kementerian Situasi Kecemasan Russia dikerahkan bersama pasukan penyelamat.

Mazut digunakan dalam loji kuasa dan beberapa tujuan lain di negara-negara  bekas Kesatuan Soviet dan Iran. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI